Social Icons

About Us


SALAM UKHUWAH

Assalamualaikum wbt..

Salam Bahagia dan Salam Sayang kepada semua sahabat Cinta Hati Sakinah (SMS).

SMS mendoakan semoga sahabat yang dikasihi dan disayangi, sentiasa berada di bawah rahmat dan berkat Allah SWT bagi yang beragama Islam dan sebaliknya untuk yang Non-Muslim.

SIAPA SAYA

Nama diberi Sakinah Binti Mat Said atau lebih dikenali dengan SMS sahaja. SMS dilahirkan di kampung Pulau Manis, Serada. Merupakan anak keempat daripada 14 adik-beradik.. Syukur Alhamdulillah, SMS dibesarkan dalam keluarga yang agak besar walaupun hidup sederhana. Dan 3 orang daripada adik-beradik SMS telah selamat kembali mengadap illahi beberapa tahun yang lalu. Arwah ayah baru sahaja meninggal beberapa bulan yang lepas. Al-fatihah untuk insan-insan yang telah meninggalkan SMS sekeluarga. Tetapi, hidup harus diteruskan demi mereka yang tersayang.

PERJALANAN HIDUP SMS

SMS mendapat pendidikan awal kanak-kanak di sebuah Tabika KEMAS, kawasan rancangan Felcra Bukit Kapah dan memulakan persekolahan di sebuah sekolah pedalaman, Hulu Terengganu iaitu Sek. Keb. Tapah.

Kemudian, SMS meneruskan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi di Sekolah Men. Keb. Seri Berang. Memandangkan jarak yang jauh dari rumah dan tiada kemudahan asrama, SMS perlu berulang-alik dari rumah dan sekolah dengan Van Tambang yang mengambil masa hampir 45minit bagi satu-satu perjalanan. 

Alhamdulillah, hasil berkat doa dan usaha SMS dapat melanjutkan pelajaran ke MRSM-YT Besut semasa di tingkatan 4. Setelah tamat pengajian, SMS meneruskan pelajaran ke peringkat diploma dalam bidang Seni Lukis dan Seni Reka dan menyambung pengajian ke peringkat ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang sama.

Perjalanan SMS, tidak berhenti di situ sahaja.. Selepas tamat sahaja belajar, SMS mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dalam bidang pendidikan. Rezeki Allah itu, amat luas.. SMS mendapat tawaran untuk mengajar dalam bidang SMS sendiri di UiTM kampus Kuala Terengganu. Kemudian, menjadi guru sandaran di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Persinggahan terakhir SMS adalah mengajar di sebuah IPTS dibawah program persediaan A-level bagi program Seni Bina dalam skop Art & design.

Inilah adalah serba sedikit tentang perjalanan hidup SMS sehingga ke hari ini.

PESANAN SMS UNTUK SAHABAT

Apa yang kita belajar di peringkat IPTA mahupun IPTS,  bukan jaminan kepada sebuah pekerjaan yang diidamkan. Sebaliknya, ia adalah proses kita membentuk masa depan yang lebih cerah dan gemilang. Proses dimana, menjadikan kita seorang yang lebih berjaya dengan erti sebuah kehidupan. 

So, adik-adik di luar sana.. belajar lah elok-elok. Sebab SMS pun belajar untuk menjadi Best Student. Alhamdulillah SMS graduate dengan keputusan yang cemerlang (Degree First Class), hadiah untuk emak dan ayah SMS.

Dan sahabat-sahabat seperjuangan, janganlah memilih pekerjaan. Sebagaimana SMS katakan, apa yang kita belajar belum tentu akan berterusan menjadi bidang kerjaya kita. Tetapi, SMS tak kata kita tidak boleh apply apa yang kita belajar ini dalam kehidupan. Itu semua adalah ilmu.. Ilmu yang berguna pasti ada manfaatnya. So, pandai-pandaikan lah.. Bijak-bijakkan lah menjadi seorang yang berjaya untuk membahagiakan insan-insan tersayang.

Nasihat SMS, pilihlah peluang hidup yang lebih baik untuk masa depan keluarga dan ibubapa kita. Pilihan ada di tangan anda, bukan di tangan SMS. SMS sendiri pun, telah membuat pilihan. Malah, dengan pilihan ini, membuatkan SMS lebih mengenali erti hidup dan dunia yang sebenar. SMS dikelilingi insan-insan yang hebat dan positive dalam kerjaya dan halatuju hidup.

BLOG INI

Di ruangan ini, SMS akan mencoretkan segala pengalaman dan ilmu sepanjang perjalanan SMS sebagai hamba dan khalifah-Nya di bumi ini, untuk bacaan dan pedoman serta manfaat kepada sahabat dunia dan akhirat.

SMS juga akan berkongsi segala cerita teladan, motivasi dan amalan gaya hidup sihat yang harmoni, ceria dan bahagia.

Malah SMS memberi ruang dan peluang perniagaan berdasarkan kepada kepakaran SMS dan rakan-rakan niaga dari pelbagai bidang seperti doktor, jurutera, peguam, pegawai kerajaan dalam dunia online yang semakin mendapat sambutan ramai di seluruh pelusuk dunia.

Hasil usaha tunjuk ajar dari mentor-mentor yang telah berjaya melahirkan ramai insan-insan yang hebat. Antara mentor-mentor SMS adalah anak didik kepada Dr. Azizan Osman yang terkenal dalam dunia perniagaan pemasaran dan ilmu-ilmu yang diperolehi dari Jutawan Irfan Khairi dalam bidang perniagaan internet.

Sekian, wassalam.
Sehingga bertemu di mercu kejayaan,

InsyaAllah..
Salam Sayang, Salam Bahagia.

DOWNLOAD!! SEMENTARA IA MASIH PERCUMA

Sakinah Mat Said (SMS).
019-916 4276
sakinahmatsaid@gmail.com
Shaklee Independent Distributor [1168494]

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."


Apa Komen Anda

Google+ Followers

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Kepakaran Saya:

Memberi khidmat kesihatan menyeluruh berasaskan amalan produk semulajadi, selamat & halal dengan keizinan Allah SWT. Setiap langganan vitamin dari kami, anda layak mendapat :-
- Jadual Makan Vitamin
- Konsultansi Percuma berterusan
- Jemputan ke group facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee
Whatsapp/ Telegram :- 019-916 4276
Emel : sakinahmatsaid@gmail.com

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfa Technologies. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared by Zulfa Technologies