Social Icons

Friday, 21 April 2017

MENGIMBAU KENANGAN : NASI GORENG IKAN BILIS ZAPA

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat alam maya. Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmatNya dunia dan akhirat. Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah.

Mengimbau kembali kenangan masa kecik-kecik dulu.

Selalu kami anak-beranak, makan nasik goreng air tangan emak sebagai sarapan pagi. Tiap-tiap hari. Tak pernah rasa jemu.

Ramuannya, cili padi tumbuk letak isi ikan selayang. Tak pun, Cili padi semata-mata.

Tapi, sedap taw.

Saya siap bawak bekal pi sekolah lagi.

Bila dah besar, dah banyak merantau.. macam-macam version nasik goreng lak jumpa, Nasik Goreng Paprik, Nasik Goreng Daging Merah, Nasik Goreng Ayam, Nasik Goreng USA, Nasik Goreng Tom Yam dan banyak lah.

Namun tak kan sama dengan nasik goreng air tangan seorang ibu yang melahir dan membesarkan kita. Walau tak mewah, tapi sedap berselera.

Pagi tadi, saya pun masak campak-campak bahan yang ada kat dapur untuk jadikan Nasik Goreng Ikan Bilis ala-ala kampung.

Jom! tengok apa bahan dan cara penyediaannya kat bawah ni.

NASI GORENG IKAN BILIS ZAPA

Bahan-bahan :

1. Sedikit minyak masak untuk menumis.

2. Sedikit serbuk bawang putih ZAPA.

3. Sedikit serbuk bawang merah ZAPA.

4. Sesudu makan sos tiram.

5. Sedikit Ikan bilis goreng garing beserta dengan cili kering potong digoreng garing juga.

6. Sedikit ikan bilis belum digoreng.

7. Sayur campur.

8. Nasi putih ikut sukatan masing-masing.

9. Serbuk rasa sedap maggie.

Cara penyediaannya :

1. Panaskan minyak, bila dah panas.. masukkan serbuk bawang putih dan merah ZAPA serta sesudu makan sos tiram. Kacau supaya sebati dan tidak hangus.

Gunakan api sederhana.

2. Kemudian, masukkan ikan bilis bersama sayur campur. Kacau sekejap.

3. Masukkan nasi putih. Gaul bersama ikan bilis dan cili kering potong goreng tadi.

4. Last, tambah serbuk sedap maggie sebagai pelengkap rasa.

5. Siap dan angkat untuk dihidang. Enak makan bersama keropok ikan dan teh 'o' panas.



Selamat mencuba.

Oh! ye. Jangan lupa makan Phytocol-ST terlebih dahulu sebelum ambil makanan bergoreng ni untuk block kolestrol yang tak diingini.

Mencegah lebih baik dari merawat.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

Apa Komen Anda

Google+ Followers

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Kepakaran Saya:

Memberi khidmat kesihatan menyeluruh berasaskan amalan produk semulajadi, selamat & halal dengan keizinan Allah SWT. Setiap langganan vitamin dari kami, anda layak mendapat :-
- Jadual Makan Vitamin
- Konsultansi Percuma berterusan
- Jemputan ke group facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee
Whatsapp/ Telegram :- 019-916 4276
Emel : sakinahmatsaid@gmail.com

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfa Technologies. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared by Zulfa Technologies