Social Icons

Tuesday, 7 February 2017

UJIAN URINE PREGNANCY TEST(UPT) KALI KEDUA- KLINIK KERAJAAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua blogger.

Saya mendoakan semoga semua sihat walafiat dan berbahagia selalu disamping keluarga tercinta. Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah.

Ok, hari ni kita sambung citer dari entry yang lalu.

Bagi yang belum membacanya, boleh klik link di bawah ini:


Setelah berbincang, ditambah pula keadaan kesihatan saya yang agak merisaukan, kitorang pun ke klinik kesihatan Paya Besar, Kuantan pada hari jumaat pada minggu yang sama.

Masa kitorang sampai, keadaan di klinik agak lengang.

Alhamdulillah, tak ramai orang. Kitorang tak perlu menunggu terlalu lama.

Saya mendaftar sebagai pesakit luar, sebab first time ke sini kan.

Selepas itu, ambil no. giliran. (Dah lupa, tak ingat no. berapa).

Menunggu nama dipanggil untuk timbang berat badan (Oh! no. Berat badanku mencanak naik dengan bahagianya😱) beserta tekanan darah.

Alhamdulillah semuanya, normal.

Beberapa minit kemudian, no. giliran saya dipanggil.

Saya dan en.suami masuk ke bilik no. 5 untuk berjumpa dengan doktor.

Doktor check suhu badan. Masa tu 37.5 darjah.

"Awak nak demam ni", kata doktor.

Check perut dan soal siasat beberapa perkara.

Dah selesai check, tak de apa-apa masalah. Doktor mintak saya buat ujian air kencing atau Urine Pregnancy Test (UPT) di makmal.

Badan memang dah seram sejuk, rasa semacam je. Rasa nak pengsan pun ada. Alhamdulillah en.suami setia menanti dan bersama-sama sepanjang proses check-up.

Bila dah settle ujian air kencing, UPT.. kitorang tunggu result keluar.

5 minit kemudian, dapat result..

Agak-agak apa ye, result UPT kali ni?

Kitorang kan excited. So, baca result sendiri.

3 perkataan NEGATIVE tertera kat kertas result tue. Huhuhu😥

................NEGATIVE
................NEGATIVE
................NEGATIVE

Saya tunjuk pada en.suami. Saya cakap, "Abang, belum ada rezeki lah. Huhuhu".

Suami cakap : "Tak pe lah, sayang. Kita pergi jumpa doktor dulu. Dengar apa kata doktor. Sayang sakit apa sebenarnya."

En. suami memang dah menerima kekecewaan sebagaimana saya selepas tengok keputusan tersebut.

Sementara menunggu doktor, saya masih berdoa dalam hati dan mengharapkan ada keajaiban.

Ujian tersebut silap atau kitorang yang silap faham sebab tak reti baca result. Hahaha..

Berjumpa doktor di bilik no. 5,

Sebaik masuk ke dalam bilik, doktor mempersilakan kitorang duduk dan kitorang tunjukkan result makmal tadi.

Jeng je jeng... tahu apa kata doktor?

"Tahniah! puan mengandung."


Alhamdulillah.. jelas muka gembira en.suami. Kalau tadi kecewa. Sekarang, happy je saya tengok. Senyum memanjang.😄😄😄

Syukur, Ya Allah.

Terima kasih, atas anugerah-Mu yang terindah ini buat kami di awal perkahwinan.


Semoga anak ini menjadi anak yang soleh/solehah, sihat sempurna, beriman dan berjaya hidup dunia akhirat.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

Apa Komen Anda

Google+ Followers

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Kepakaran Saya:

Memberi khidmat kesihatan menyeluruh berasaskan amalan produk semulajadi, selamat & halal dengan keizinan Allah SWT. Setiap langganan vitamin dari kami, anda layak mendapat :-
- Jadual Makan Vitamin
- Konsultansi Percuma berterusan
- Jemputan ke group facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee
Whatsapp/ Telegram :- 019-916 4276
Emel : sakinahmatsaid@gmail.com

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfa Technologies. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared by Zulfa Technologies